Anda Kini Dalam Keadaan Bahaya, Jika Anda Seorang Kaki Porno
Pengunaan telefon pintar untuk menonton bahan-bahan lucah menjadi semakin popular berbanding dengan menggunakan komputer, tidak seperti tahun-tahun yang lalu.
Telefon pintar, tablet dan komputer riba… Teknologi masa kini membuka banyak peluang kepada kita untuk meneroka sisi gelap internet menjadikan material pornografi semakin mudah diakses. Baik di Youtube, Instagram mahupun laman-laman pornografi yang lain, segalanya boleh ditonton tanpa sebarang sekatan.
Statistik yang dikeluarkan oleh Pornhub sendiri telah mendedahkan bawah kebanyakkan wanita di Malaysia lebih gemar menggunakan telefon pintar mereka bagi mengakses laman web itu.
Mungkin disebabkan faktor mudah alih telefon pintar itu yang memudakan penggunanya untuk menonton bahan porno di mana-mana saja menjadikannya peranti yang popular berbanding dengan peranti-peranti jenis lain.
Sebuah kajian yang dijalan di Britain baru-baru ini mendedahkan 40 daripada 50 laman web lucah sebenarnya mengandungi malware yang disembunyikan. Sebaik saja malware tersebut berjaya memasuki telefon pintar anda, ianya akan mengakses data yang terkandung di dalam telefon pintar anda yang boleh dijadikan barang untuk tujuan jenayah.
Tetapi apa yang ramai tidak tahu sebenarnya mereka yang gemar menggunakan telefon pintar mereka untuk mengakses laman web lucah sebernya terdedah dengan risiko untuk digodam oleh hackers.
Berbeza dengan sistem keselamatan komputer, sistem keselamatan telefon pintar adalah lebih rendah terutamanya telefon jenis Android dan ini menjadikannya lebih mudah untuk dimanipulasikan oleh penggodam.
Selain membuatkan seseorang ketagih, tahukah anda bahawa pornografi memberi kesan kepada rohani seseorang sehingga mampu mengucar kacirkan sesebuah hubungan baik di antara pasangan kekasih mahupun suami dan isteri?
Ayuh kami jelaskan selanjutnya…
#1 Tak Dapat Capai Kepuasan Seksual Sebenar
Menurut portal Focus on the Family, pornografi akan mengurangkan kepuasan seksual seseorang apabila dia berasmara dengan pasangannya. Ini adalah keranamaterial lucah yang ditonton telah mempengaruhi diri lalu menghalang diri daripada menikmati seks yang normal (realiti) bersama pasangan. Saat inilah penceraian akan berlaku… apabila “seks fantasi” lebih seronok daripada seks yang sebenar.
#2 Sukar Beri Komitmen & Cenderung Untuk Curang
Menurut Psychology Today, Pornografi akan menggugat komitmen seseorang terhadap perhubungannya lalu cenderung untuk berlaku curang. Apabila “seks fantasi” sudah menguasi diri, sudah tentu seseorang itu akan merasakan bahawa pasangannya tidak lagi berguna. They will have high expectation on sex.
#3 Buat Diri Rasa Keseorangan
Eh! Bukankah pornografi itu dapat membuatkan individu berasa khayal dan seronok? Menurut Dr. Gray Brooks, “Semakin banyak seseorang menonton pornografi, semakin dia akan rasa keseorangan”. Ini kerana, manusia akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil dopamin sewaktu berfantasi menonton pornografi dan hormon itulah yang membuatkan seseorang berasa khayal.
Ramai tidak tahu, dopamin juga akan mencipta suatu perasaan yang buatkan dirinya terasa sunyi dan keseorangan. Jadi apabila seseorang berasa keseorangan… dia akan terus mencari nikmat dengan menonton lebih banyak pornografi. Yup. Seseorang yang sudah ketagih jadi semakin ketagih!
#4 Obses Dengan Seks Yang Sempurna
Umumnya, industri pornografi adalah merangkumi industri perniagaan yang sama seperti industri perfileman lain. Penerbit dan pembikin filem lucah akan mengarah bintang-bintang porno untuk kelihatan sempurna dihadapan kamera supaya cerita-cerita mereka laku dan mendapat pulangan lumayan.
Seseorang yang obses dengan pornografi akan memiliki jangkaan yang tinggi terhadap seks. Mereka inginkan pasangan yang sempurna di rajang seperti mana yang ditonton dalam filem-filem pornografi.
#5 Lelaki Yang Ketagih Porno Tidak Hormatkan Wanita
Akan menganggap wanita seperti objek yang hanya digunakan untuk kepuasan nafsu. Hal ini akan mendorong lelaki untuk tidak hormatkan wanita seterusnya menjadikan mereka lebih agresif dan kasar sehingga berlakunya kes-kes rogol atau seks tanpa rela.
#6 Wanita Yang Tonton Porno Juga Akan Merendahkan Kaum Lelaki
Percaya atau tidak, angka wanita yang menjadi hamba pornografi semakin meningkat hari ini. Seorang wanita yang sudah berkahwin tetapi masih terikat dengan material lucah akan terdorong untuk tidak mempedulikan keluarganya kerana terlalu asyik dengan tabiat tersebut. Pornografi akan buat wanita jadi buta dan menganggap mereka juga boleh hidup tanpa lelaki.
#7 Individu Ketagih Porno Akan Jadi Agresif
Emosi mereka akan jadi tidak stabil kerana otak mereka sudah mengecut! Kajian mendapati otak individu yang kerap menonton pornografi akan mengecutbahkan fungsinya juga terganggu.
Tonton Dokumentari Tentang Kesan Pornografi Terhadap Otak
Apabila otak tidak berfungsi dengan waras, seseorang akan menjadi mudah baran… baik dari segi bahasa atau perbuatannya, lalu terdesak mencederakan seseorang apabila dirinya digugat atau tercabar. Ini mungkin mengakibatkan kecederaan (penderaan) terhadap pasangan serta anak-anak bagi yang sudah berkahwin.
#8 Kerjaya & Pengurusan Hidup Terjejas
Baik Islam mahupun Kristian, rata-rata agama menghalang penganutnya untuk menonton material lucah. Salah satu sebab adalah kerana minda yang sudah diracuni pornografi akan sukar fokus terhadap pekerjaan hariannya. Otak akan cenderung untuk berfantasi dan membayangkan yang bukan-bukan. Prestasi kerja akan merundum lalu hidupnya akan mulai sengsara sedikit demi sedikit.
Risiko Mati Pucuk?
Ya! Apabila sudah terbiasa berfantasi -penonton pornografi, lelaki lazimnya sukar dirangsang secara normal. Mereka lebih sensitif (gemar dirangsang) menerusi imej/visual berbanding sentuhan yang merangkumi seks sebenar.
Mereka bersiko untuk mati pucuk. Bila mati pucuk, bagaimana hendak beri kepuasan seksual kepada pasangan dan diri sendiri?
Hati-hati dan sila jauhi pornografi..
Sumber: Wanista.com
Loading...