Sikap Noh hujan Jadi Bualan Hangat Netizen!
Netizen mesti bersetuju kalau kami kata pasangan Noh Hujan dan Mizz Nina antara pasangan yang paling sejuk mata memandang. Meskipun dorang berdua ni dah tak banyak keluar di kaca TV atau muncul dalam event yang besar-besar, cerita mengenai mereka ni selalu saja beri inspirasi kepada orang ramai.
Selepas sekian lama mendiamkan diri, baru-baru ni muncul satu kisah menarik mengenai Noh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Menerusi tweet tersebut, lelaki dengan nama Khai telah menceritakan sikap murni Noh yang dikatakan jarang ada pada artis yang lain.
Namun apa yang lebih mengejutkan Khai ialah sewaktu azan berkumandang, Noh dengan serta merta bergegas untuk mengerjakan solat di surau dan meminta netizen tersebut jagakan telefon bimbitnya buat sementara waktu.
Khai juga pada masa yang sama respect dengan tindakan Noh yang berjaya meletakkan kepercayaan pada orang yang baru dijumpainya untuk menjaga barang yang berharga. Fuh hebat Noh ni!
Sikap rendah diri dan bersahaja Noh dipersetujui oleh netizen lain yang mengakui penyanyi lagu Pagi Yang Gelap ini seorang yang mudah mesra walau di mana dia berada dan sikapnya tidak pernah berubah dari dulu hinggalah kini.
Semoga Noh dan isteri sentiasa berada di bawah lindunganNya. Teruskan menjadi inspirasi buat semua!
Sumber : Lobakmerah.com
Loading...