Kantoi Pecah Masuk Rumah Disebabkan Bau Kaki Yang Terlalu Busuk
Perompak selalunya akan membuat perancangan rapi sebelum memasuki sesebuah rumah dan masuk mencuri barang-barang berharga di dalam kediaman tersebut. Begitu juga dengan seorang perompak dari Beijing, China ini yang begitu teliti dalam merancang pencurian yang akan dilakukan namun kantoi gara-gara perkara yang langsung tidak disangka-sangka.
Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki perompak tersebut malah memakai sarung tangan dan membuka kasutnya sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak meninggalkan sebarang bukti sebelum masuk mencuri di dalam rumah terbabit.
Namun, ketika sedang menjalankan operasi merompak, tuan rumah dilaporkan pulang. Panik dengan kepulangan tuan rumah, perompak tersebut membuat keputusan untuk menyorok di bawah katil supaya kehadirannnya tidak disedari.
Sejurus selepas menjejakkan kaki ke dalam rumahnya, tuan rumah tersebut terhidu bau yang kurang menyenangkan. Merasa tidak selesa dengan keadaan tersebut, dia nekad mahu mencari punca bau busuk itu.
Difahamkan, tuan rumah tersebut berjaya menjejaki bau busuk tersebut yang datang dari bawah katil lalu terjumpa perompak yang sedang menyorok di situ. Perompak tersebut akhirnya ditangkap dan kini ditahan oleh polis daerah Hanshan.
Sejak tersebar di media sosial, berita tersebut mencuit hati ramai dan rata-rata bersimpati dengan nasib tuan rumah yang mungkin tak tahan sangat dengan bau busuk tersebut sampai terpaksa cari di mana puncanya.
Selepas kejadian tersebut, tuan rumah itu menasihati semua agar mengetatkan kawalan keselamatan di rumah. Pastikan semua tingkap dan pintu rumah dikunci dengan elok sebelum meninggalkan kawasan kediaman masing-masing. Seelok-eloknya jangan tinggalkan barang kepunyaan berharga di dalam jika mahu meninggalkan rumah.
Mesti banduan yang duduk dalam satu penjara dengan perompak tu tak boleh tidur nanti sebab bau busuk kaki dia…
Loading...