Header Ads

Loading...

adik-beradik syak mak tiri sihirkan mereka sekeluarga selepas dapat mimpi,temui tangkal dan mentara tertulis nama bapak


Ibu tiri yang disangka baik selama ini, rupa-rupanya mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat. Bertahun-tahun dia dan bapanya termakan nasi kangkang wanita itu dan tidak hairanlah keluarga mereka huru hara. Dengan kesempitan rezeki, adik beradik asyik bergaduh.

Perkara itu hanya disedari oleh si kakak apabila berpindah ke rumah bapa mereka di mana dia diganggu sesuatu dan kerap menemui tanda-tanda rumah itu telah disihir. Ada beberapa pihak cuba membantu, namun si kakak dan adik ini tidak berani bertindak. Sehinggalah pada hari raya haji baru-baru ini, segalanya terungkai dan... 

HAI, aku ada cerita dan aku tak ada niat nak memburukkan sesiapa. Aku cuma nak meluahkan saja dan meminta pendapat, nasihat atau cadangan bantuan. 

Aku adalah anak bongsu dalam keluarga. Aku ada seorang kakak dan abang. Mak meninggal semasa aku berumur 7 tahun. Dalam beberapa bulan selepas itu, bapa aku kahwin dengan seorang perempuan ini sebab kakak aku nak belajar di Kelantan dan tiada orang yang nak jaga aku pada masa itu. 

So masa itu jiran recommend mak tiri aku ini. Mak tiri aku ni pun jiran juga dan kitorang pun kenal dia. Dia anak dara, pernah putus tunang dua kali (tak ada kena mengena pun). 

Kitorang kenal dia, dia memang seorang yang baik, lemah lembuh orangnya sebelum berkahwin dengan bapa. Bila dah kahwin, kitorangp un happy sajalah. 

Oh lupa nak cakap, abang aku kahwin dan dia duduk dengan isteri dia. Kakak aku pula belajar di Kelantan. Jadi aku duduk dengan mak tiri dan bapa. Kisahnya bermula 2-3 tahun selepas mereka berkahwin, mak tiri mula tunjuk belang dia. 

Yang pertama, aku tak ingat waktu itu aku umur berapa tetapi masa itu aku masih berada di sekolah rendah. Dia pukul aku guna getah paip. Nak tahu sebab apa? Sebab aku terkunci pintu dan dia kejutkan aku. Aku tak bangun pagi nak pergi sekolah. 

Teruk weh dia pukul aku, sampai mata aku semua bengkak, belakang badan berbirat. Memang aku lembik hari itu. 

Keesokan harinya aku pergi sekolah, aku malu gila sebab kawan-kawan semua tanya kenapa dengan mata aku. Aku cakap aku terjatuh. Sanggup tak cakap aku kena pukul mak tiri sebab aku malu. Hahaha! 

Dua hari dah berlalu tetapi bengkak dan birat di belakang badan masih tak surut. So aku pergi ke klinik. Doktor pun macam pelik. Kau tahu apa mak tiri aku jawab? Dia kata bapak aku yang pukul. 

Selepas itu doktor bagi ubat dan cuti. Aku pun cutilah. Masa cuti itu aku ada bermesej dengan abang aku di Facebook. Ye, memang aku dah ada Facebook dan handphone pada waktu itu. Nasib baik ada. Kalau tak,, sampai bila-bila tak ada orang tahu aku kena pukul. 

Masa itu abang demam dan dia kata nak jumpa aku. So aku beritahu mak tiri aku. Dia pun apa lagi, kelam kabut dah. Masa abang aku datang, dia suruh aku jangan keluar. Dia kunci semua pintu. 

Abang aku marahlah sebab aku memang ada beritahu abang aku yang aku dipukul mak tiri. Abang call bapa dan beritahu mak tiri tak bagi aku keluar. Dia marah-marah dan ugut nak lapor pada polis. 

Takut dengan ugutan itu akhirnya mak tiri pun buka pintu dan abang ajak aku keluar. Dia bawa aku pergi jumpa kakak ipar dan dia call makcik aku ceritakan semuanya. Semua menangis. Kes ini hampir menjadi kes polis. Tetapi bapa aku suruh bagi peluang. Okeylah. 

Sebenarnya ada banyak lagi kejadian yang mak tiri dah buat pada aku. Ini aku cuma cerita salah satu saja. Kalau cerita satu persatu memang takkan habis. Dia sangat dengki dengan aku. Kalau aku nak beli kasut ke apa ke, dia mesti akan minta bapa aku juga. Kalau aku dapat, dia pun kena dapat. Mengungkit laig jangan cerita. Kalau dia belikan aku sehelai baju, pergh! 10 tahun weh dia ungkit tentang baju itu. 

Basuh baju asing-asing, masak nasi pun asing weh. Aku tiap-tiap hari makan nasi yang dipanaskan. Tahu apa alasan dia buat aku begitu? Dia kata dia tak boleh makan nasi dari dalam peti ais. Masalahnya kalau macam ada nasi briyani ke, nasi ayam ke, bapa aku bawa balik dan tak habis makan, masuk dalam peti ais. Esoknya kalau panaskan, dia boleh pula makan weh. 

Banyak lagilah perangai dia yang aku tak ceritakan. Tetapi itulah, aku pernah cerita perkara ini pada kakak aku. Tetapi kakak pula macam suruh aku dengar cakap dia dan jangan melawan. 

Aku bukan tak nak cuba untuk mengambil hati dia. Tetapi bila aku buat baik, ada saja dia nak hentam aku balik. Tapi apa yang aku tahu, dia memang suka memburuk-burukkan kitorang adik beradik pada bapa aku. Aku pernah dengar dia pusing cerita tentang aku pada bapa. Tapi aku tak kisah pun. 

Susahlah, tapi apa yang aku boleh cakap, kalau orang tak tahu cerita, orang akan nampak aku yang salah dan kurang ajar. Tapi lantaklah, ada aku kisah? Hahaha! Itu yang aku malas nak cerita pada sesiapa. Sebab end up aku yang dipersalahkan. 

Aku memang selalu mendiamkan diri. Aku selalu melawan cakap mak aku bila abang dengan kakak aku saja ada. Sebab itulah abang aku atau kakak aku nampak macam aku yang bersalah. 

Aku nak cerita tentang apa yang terjadi tahun ini, yang sangat membuatkan aku tawar hati pada mak tiri. 

Kakak aku ada buka kedai di Kuala Lumpur dengan pakwe dia. Selepas itu dia break up dengan pakwe dia dan dia balik ke Johor (rumah). Dia balik awal bulan Mac ini. Akulah manusia yang paling bahagia sebab tak ada orang nak dengki dengan aku lagi selepas ini sebab mak tiri berani marah-marah atau tengking aku saja. Dengan abang dan kakak, dia tak berani. So rumah mak tiri aku ini belakang rumah aku saja. So dia selalu ulang alik. 

Pada satu hari, kakak aku ada termimpi tentang nasi kangkang di rumah ini. Dia kata masa itu dia seorang saja nampak nasi itu nasi kangkang. Dan masa itu semua orang ada. Kitorang satu keluarga tengah makan nasi itu. 

Lepas itu pada waktu malam hari itu juga, dia rasa ada benda baring di sebelah dia. Dia pusing, dia ingatkan aku tetapi bukan. Dia kata dia nampak macam lembaga hitam. So dia kuatkan diri untuk bangun dan buka lampu. Selepas saja mimpi itu, dia mula melakukan pencarian mengenai santau, sihir apa semua di Google. Dia cari tanda-tanda rumah ada sihir. So memang banyak sangat tanda-tanda itu di rumah kitorang. Tetapi dia diam saja dan tak beritahu apa-apa. 
Dia selalu kena kacau juga masa itu. Dengar suara oranglah, dengar orang berjalan di atas. Dia cerita semua itu pada aku selepas seminggu dia kena kacau. Rumah aku ini memang dah lama ada gangguan tapi kakak tak pernah kena. Selalunya aku dengan abang aku saja yang kena teruk. Kakak tak pernah kena walaupun masa itu dia ada. 

Pada hari lain pula. aku dengan kakak tengah memasak di dapur. Tengah-tengah ketawa, kakak aku buka peti ais, tiba-tiba ada satu plastik jatuh. Kuat gila sampai kitorang berdua terdiam. Dalam plasti kitu macam ada banyak kertas. So kakak aku tengok, dia nampak nama bapa aku. Ada satu mantera dan dalam itu ada nama bapa. 

Kitorang memang terkejut, terus snap gambar dan ambil kertas itu dan letak balik plastik itu. Dalam beberapa minit kemudian, tiba-tiba mak tiri aku pergi dapur dan dia tengok-tengok kitorang sebelum pergi ke depan semula. Bapak ah! Meremang weh! 

Bermula dari hari itu kitorang memang tak percaya langsung pada dia. Kau tahu tak perangai dia pun semakin teruk. Bermula dari itu juga rezeki dalam rumah makin tersekat. Bapa aku pesara, kakak aku menganggur dan abang aku bawa teksi saja. So dalam beberapa bulan itu, kakak cuba cari duit dengan kemahiran memasaknya. So dia buat delivery rojak mamak. 

Masa itu bapa aku yang delivery. Selepas itu, rojak dah popular sikit, tiba-tiba bapa ditimpa kemalangan. Kakak guna semua duit modal sebab nak rawat bapa pada masa itu. Memang rezeki sangat-sangat sempit. Aku nak bawa duit pergi sekolah pun tak ada. 

Kakak buat macam-macam cara nak dapatkan duit. Buat kuihlah, aiskrimlah, Alhamdulillah ada. Tapi memang cukup-cukup makan saja. Bukan setakat rezeki saja tersekat, kitorang pun asyik bergaduh. 

Bulan September yang lalu, kakak pergi Langkawi dengan rakan-rakannya. So kawan dia ada update gambar dia dengan kakak. Aku bagi nama kawan kakak itu A. So si A ini letak gambar dia dalam FB dengan kakak. Selepas itu tiba-tiba ada orang mesej si A dan dia minta gambar penuh kakak. 

Aku bukan nak percaya 100%, tapi apa yang dia cakap itu memang logik. Tahu apa yang dia kata? Dia kata aku, kakak dan bapa kena sihir. Sihir atau santau ke apa entah. Kemudian dia kata bapa aku dengan aku yang paling teruk kena sebab aku dah banyak makan masakan dia. 

Selepas itu si A suruh ambil gambar rumah aku dengan gambar rumah mak tiri. Aku dengan kakak malam itu keluar juga ambil gambar rumah. Kau nak tahu dia cakap apa? Dia cakap kat dalam rumah mak tiri aku itu ada satu bilik berkunci yang penuh dengan barang-barang pujaan. Aku fikir benda ini tak logik. Tapi bila fikir balik, mak tiri aku selalu pergi selepas subuh dan balik dekat-dekat maghrib, kadang-kadang malam. Kadang-kadang kita nak pegang kunci pun dia macam tak bagi. Memang dah mula curiga pada masa itu. 

Selepas itu katanya lagi, kitorang ini setiap seorang ada pendamping. Dia akan berada di setiap sudut yang kitorang pergi. Perghh! Meremang weh masa dapat tahu tu. Dia ada suruh kitorang buat air letak apa benda entah. Tetapi kitorang tak buat pun sebab tak percaya. Dia cuma cakap kalau boleh elakkan makan atau minum masakan dia. So itu yang kitorang buat. Kakak yang masak atau kadang-kadang kakak ipar yang masak. 

Ini kakak ipar baru tahu. Abang aku bercerai, masa nikah, abang aku lagilah teruk dalam rumah ini aku dengan kakak aku saja yang uruskan. Mak tiri goyang kaki dalam bilik. Banyaklah perangai dia. 

Selepas itu orang itu ada kata dalam bilik kitorang ada tangkal apa benda entah, nama dia macam warna kuning. Selepas itu di bilik bapa aku dengan kat mana entah. Ramai suruh kitorang cari tetapi sumpah aku cakap, aku memang tak berani. Tak berani weh! 

Selepas sebulan kitorang dah tak tahan sebab masa itu bapa aku pun berubah 360 darjah. Dia jadi macam bodoh-bodoh. Daripada seorang yang caring, jadi marah-marah. Teruklah weh. Teruk sangat. 

Selepas itu kitorang pergi berjumpa seorang ustaz ini. Mula-mula nak umpa memang banyak halangan. Sakit perutlah, tak sedap badanlah, nak muntahlah. Ustaz tak ada hari itu. Selepas kitorang pergilah pada hari lain, dapat jumpa. 

Kitorang pun ceritakanlah semua dan bagi pada ustaz mantera yang kitorang jumpa. Cerita perangai mak tiri satu persatu. Selepas itu ustaz cakap di rumah kitorang ada benda. Benda itu dah lima tahun duduk dalam rumah dan benda itu khadam syaitan. Aku tak tahulah apa bendanya. 

Mak tiri dan bapa kahwin dah 9 tahun. So benda itu ada selepas kahwin. Ustaz kata mungkin benda itu ada sebab mak tiri amalkan mantera itu. Tapi kitorang tak puas hati sebab ustaz itu macam ada sembunyikan sesuatu. 

Balik dari berjumpa dengan ustaz, korang tahu ini Ya Allah. Ini yang paling seram. Mak tiri aku masak di dapur. Masa itu aku membelakangi dia. Dia tanya aku, 

"Kenapa kau pergi sana?!" 

Aku macam pelik. "Pergi mana??" aku ulang dua kali. 

Lepas itu dia buat-buat bodoh, dia jawab, "Takdelah, Umi pergi rumah sana (rumah dia) tadi". 

Pergh! Masa itu aku berdebar dan meremang. Ustaz ada bagi air suruh spray dalam rumah tapi kitorang tak buat lagi sebab takut. Takyah bising kenapa kitorang tak buat. Kalau berani, kau datanglah sini tolong buatkan. Ustaz itu kata tempat tinggal benda itu di dapur rumah dan sampai semarang kitorang rasa sangat-sangat lifeless. Rumah ini macam tak ada seri langsung. Cakap dengan bapa sendiri pun macam orang luar. 

So masa raya haji baru-baru ini, kitorang duduk berbincang. Kakak cakaplah apa yang dia tak puas hati dan semuanya. Dan masa itu aku langsung tak diberi peluang untuk bercakap. Sakit hati weh! Aku diam sajalah dan dengar apa yang diorang nak cakap. Aku jadi pemerhati. 

Kau tahu, mak tiri aku masa itu perangai dia berubah 360 darjah. Dia lawan balik apa yang kitorang cakap dengan point yang sangat bodoh. Aku malas nak cakap satu persatu. Tetapi aku nak mention satu part ini. 

Aku dengar saja tahu apa yang dia cakap, sepatah-sepatah aku ingat. Masa tu aku geram sangat tengok muka dia sambil geleng kepala. Tiba-tiba dia tengok muka aku, dia tengking aku. 

"Kau kenapa geleng-geleng ni?" 

Dia tengking weh, dia tengking. Aku ni fikir dia mak tiri dan masa itu ada bapa aku je. Hahaha! Aku teringin nak sepak dia kuat-kuat. Teringin sajalah.

Masa kitorang berkumpul itu, bapa diam saja. Dia macam orang bodoh di tengah-tengah. Muka dia, aku kasihan sangat masa tu. Selepas itu, kitorang ada cakap tentang mantera itu. Kau tahu tak, masa perempuan itu pegang kertas tu, muka dia dari putih bertukar jadi merah. Selepas itu dia cakap itu ubat demam bapak dia ajar. 

Masa itu bapa aku tengok kertas itu pun terperanjat sangat-sangat. Dan kertas itu terus lesap! 

Setakat itu sajalah cerita aku. Hahaha! Sorrylah panjang sangat. Aku nak minta korang doakan yang terbaik untuk keluar aku dan doakan aku dapat asrama jauh-jauh. Dah penat nak stress dan habiskan air matau ntuk benda-benda bodoh ini. Bye. 

Sumber: Feeling Habis
Loading...
Powered by Blogger.