Header Ads

Loading...

'Insan inilah yang parti Lim Guan Eng (DAP) selalu dihina, fitnah, kecam tapi jelas hari ini insan itu tak berdendam' - Rizal Mansor


KUALA LUMPUR - Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor melalui Facebooknya berkata, walaupun Datin Seri Rosmah Mansor sering dihina, namun beliau tetap menunjukkan sikap mulia kepada mereka yang tidak menyukainya. 

Rizal berkata, sikap itu jelas dilihat ketika isteri Perdana Menteri itu melawat Pulau Pinang hari ini. 

"Insan inilah yang parti Lim Guan Eng (DAP) selalu hina, fitnah, kecam sampai tak ingat dunia. Tapi jelas hari ini insan yang sering dihina itu tak berdendam," tulisnya di Facebook. yang menunjukkan Lim Guan Eng menyambut ketibaan dan bersalaman dengan Rosmah di Lapangan Terbang di negeri Mutiara itu.




Guan Eng sebelum itu menerusi Facebooknya memaklumkan beliau akan menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth bagi meninjau situasi banjir di negeri itu. 

Dalam pertemuan itu juga, Najib diberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah-langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Sabri Abdul Mulok. 

Loading...
Powered by Blogger.