PENJENAYAH YANG DIKEHENDAKI SERAH DIRI DAN MEMBAWA DONUT KE BALAI POLIS. PUNCANYA AMAT MENGEJUTKAN
Kejujuran Pada Janji Seorang Penjenayah.
Penjenayah Tiba-Tiba SERAH Diri Dan Bawa Donut Ke Balai Polis. Puncanya Amat MENGEJUTKAN. Seorang penjenayah yang dikehedaki oleh pihak polis menggemparkan masyarakat apabila secara tiba-tiba menyerahkan diri di balai polis sambil membawa kuih donut. Bila ditanya puncanya, jawapannya amat mengejutkan.
CABAR PIHAK POLIS DI FB
Seorang penjenayah menunaikan janji untuk menyerah diri selepas mencabar supaya polis mendapatkan 1,000 kongsian pada satu notis di Facebook.
Michael Zydel, 21, diburu polis selepas melanggar perintah pemerhatian terhadapnya atas kesalahan berkaitan dadah dan serangan.
Jabatan polis Redford memuat naik satu notis di laman web rasmi bagi meminta orang ramai membantu mengesan lelaki itu.
Zydel yang menggunakan nama “Champagne Torino” di Facebook antara pengguna yang memberi komen pada notis itu dengan berkata, dia tidak bimbang mengenainya.
Dia kemudian mencabar polis untuk mendapatkan 1,000 kongsian untuk notis seterusnya sekiranya mahu dia menyerahkan diri.
AKAN SERAH DIRI JIKA DAPAT 1000 SHARE FB
“Sekiranya notis kamu seterusnya dikongsi 1,000 kali, saya akan menyerah diri dengan membawa kuih donat. Itu satu janji.
“Saya juga akan mengutip sampah di sekolah di sekitar kamu,” katanya.
Jabatan polis Redford menerima cabaran itu dan meminta pengguna Facebook membantu pihak berkuasa menangkap lelaki berkenaan.
Selepas berita mengenai cabaran menjadi tular di Internet, akhirnya dalam tempoh beberapa minggu pihak polis berjaya mendapatkan 4,000 kongsi pada notis mereka.
Pada Isnin, 6 Oktober lalu, Zaydel muncul di ibu pejabat polis Redford dengan membawa bungkusan mengandungi kuih donat.
TUNAIKAN JANJI
“Zaydel menunaikan janjinya untuk menyerah diri kepada polis dan dia juga membawa kuih donat. Terima kasih atas sokongan anda semua,” kata jabatan di Facebook.
Walaupun berpegang pada janjinya, Zydel masih perlu berdepan tindakan kerana melanggar perintah pemerhatian.
Mahkamah baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara 39 hari kepada Zydel dan jumlah itu mungkin ditambah kepada 30 hari lagi sekiranya dia gagal membayar denda.
Sumber : Harian Metro
Loading...