Header Ads

Loading...

Sindrom Asperger, perosak senyap rumah tangga


Selama ini, confessor menyangka suaminya kejam dan zalim terhadap dirinya. Sikap suaminya menyebabkan confessor rasa terabai, pendek kata ada suami seperti tak ada suami. Tiada istillah berbulan madu, bermanja-manja dalam rumahtangga mereka. Hati isteri mana yang tak terasa jika suami memberi layanan seperti ini, kan?

Namun begitu, setelah dimaklumkan mengenai Sindrom Asperger, barulah confessor mula mengkaji dan cuba memahami sindrom tersebut. Dibawa si suami menjalani pemeriksaan, terapi, rupa-rupanya memang sah suaminya ada Sindrom Asperger. Jika selama ini confessor menyangka suaminya kejam dan zalim sehingga dia rasa terseksa, rupa-rupanya suaminya lebih terseksa.

Kini confessor faham dan untuk membantu suaminya. Semoga pendedahan confessor mengenai Sindrom Asperger ini memberi manfaat kepada kita semua. Setiap apa yang berlaku pada pasangan kita, pasti ada penyebabkan. Siasat dan bantulah mereka, agar rumahtangga kita kembali bahagia.

PEROSAK SENYAP RUMAH TANGGA

AKU sekadar ingin berkongsi kisah rumahtangga aku yang hampir berakhir sehinggalah aku menemui puncanya, yang mengajar aku melihat manusia dan dunia di sekeliling aku dari sudut pandang yang berbeza.

Aku berkahwin sudah enam tahun. Sebelum berkahwin, kami hanya berkenalan secara ringkas dan tidak pernah bercinta. Kami belum dikurniakan cahaya mata. Dia penjawat awam, manakala aku hanya menguruskan perniagaan sendiri dari rumah. Kami berdua lepasan ijazah luar negara, jadi boleh aku katakan kami berdua agak educated.

Aku sangka mustahil lelaki yang educated seperti dia boleh menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab. Tetapi aku silap. Suami aku ini rupanya panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak boleh dibawa berbincang, tidak berperikemanusiaan dan hanya mementingkan diri sendiri.

Setahun setengah pertama perkahwinan kami, aku langsung tidak diberi nafkah duit belanja. Tetapi aku diminta untuk menanggung perbelanjaan dapur. Dan setiap kali shopping, barang-barang yang aku beli, aku bayar sendiri atau awal-awal lagi dia sudah pesan bahawa dia tak ada duit. Dia hanya akan bayar untuk barang-barang dia. Dia tak izinkan aku bekerja mengikut lulusan aku dan aku juga dilarang dari berniaga (awal dulu).

Setiap hari aku dimarah, kadang-kadang kerana perkara kecil dan kadang-kadang kerana sesuatu yang aku tak tahu di mana silapnya. Setiap perbuatan aku semuanya salah di matanya. Setiap kali aku cuba mengajaknya berbincang, pasti berakhir dengan pergaduhan. Dan setiap kali aku menangis, aku akan ditengking. Aku ini seolah-olah menyusahkan dia, minta tolong itu ini semua aku kena marah walaupun untuk ajak beli barang-barang keperluan.

Pendek kata, hidup aku bersama dia tak pernah bahagia. Tak pernah ada istilah honeymoon dalam rumahtangga aku. Setiap kali celebrate anniversary, dari tahun pertama, aku selalu harap tiada lagi anniversary tahun berikutnya.

Tapi aku pun pelik dengan diri sendiri. Aku rasa bodoh sebab bertahan. Satu saja sebabnya, aku kasihankan dia. Aku rasa dia buat semua ini secara tak sengaja. Dia selalu cakap dia sayang aku dan ini aku memang sangat pasti dia tidak pandai menipu sebab walaupun perangai dia seperti itu, dia jenis lurus orangnya. Bila aku kena travel sendiri, aku relaks saja tetapi dia yang akan menangis-nangis menghantar aku ke airport. Pernah korang tengok lelaki menangis hantar isteri? Bila aku tak ada, dia jadi tak tentu arah.

Setelah beberapa lama, ada juga beberapa perkara yang dia berubah. Dia mula bagi aku duit belanja selepas menonton rancangan agama di TV tentang nafkah. Disebabkan dia cakap dia tak pandai melayan perempuan sebab tak pernah ada kawan perempuan. Ada beberapa perkara yang aku ajar dia. Kadang-kadang dia cuba buat. Setiap kali itu dia cakap sorry sebab dia tak tahu. Sounds like innocent, kan? Kadang-kadang, aku naik geram juga sebab common sense pun nak kena ajar.

Aku pernah lari dari dia untuk failkan perceraian. Tetapi dia meraung-raung merayu aku balik. Dia cakap dia tidak boleh hidup tanpa aku. Aku kasihan. Jadi kami hanya lalui sesi kaunseling dan aku kembali semula pada dia. Selepas itu pun keadaan masih tidak banyak berubah. Dia masih panas baran, marah aku tanpa sebab, kecuali part tanggungjawab. Dia buat apa yang dijanji masa kaunseling tu.

Sehinggalah baru-baru ini aku mula bercerita pada kawan aku tentang masalah rumah tangga aku sebab terlalu depressed. Aku betul-betul rasa aku dah nak gila. Dan kawan aku ini beritahu tentang Sindrom Asperger. Dan bila aku baca dan kaji, kebanyakan simptom Asperger ini ada pada suami aku. Aku mula tanya dia itu ini dan suruh dia buat test online. Aku semakin yakin yang dia memang ada Sindrom Asperger ini. Buat masa ini, aku masih dalam proses nak jumpa psychiatrist supaya kami dapat diagnose dia dan lalui sesi terapi untuk membantu dia (dan aku).

Aku kongsikan di sini sebab nak educate tentang Sindrom Asperger ini. Manalah tahu ada yang melalui apa yang aku sedang lalui ini. Jadi dengan cara ini mungkin dapat membantu. Sebab zaman aku kecil dulu, tiada orang yang tahu tentang learning disability ini, orang hanya anggap manusia yang berbeza pemikiran ini sama ada gila atau ada masalah attitude. Lagipun Asperger ini simptomnya tak sejelas autism. Jadi memang ramai yang akhirnya tak didiagnose. Aku banyak baca daripada blog/ website English, ada yang dah umur 30+, 40+ baru tahu rupanya Asperger. Dan 80% perkahwinan Asperger berakhir dengan penceraian (aku tak tahu setepat mana statistik ini, aku quote je).

Serba sedikit tentang Asperger’s syndrome, condition ini termasuk dalam ASD (Autism Spectrum Disorder). Mereka nampak normal, cuma bermasalah dari segi social dan interaksi dengan orang lain. Kalau korang tengok movie ‘My Name is Khan’ yang Shah Rukh Khan berlakon itu jadi Asperger tu, nampak die agak retarded sikit kan? Suami aku ini nampak completely normal bukan macam dalam movie itu. Otak mereka melihat dan mentafsir dunia berbeza daripada kita yang biasa, kita dan mereka ibarat alien kepada satu sama lain.

Kebanyakan penghidap Asperger ini tiada masalah pertuturan dan mempunyai IQ tinggi (terer maths/ sains). Dan ramai saintis terdahulu diura-urakan ada Asperger ini seperti Isaac Newton, Albert Einstein etc. Selain dua ciri ini, ciri lain mereka lebih kurang sama dengan autism, iaitu:-

1. Social Anxiety – mereka ada masalah untuk bersosial. Seboleh-bolehnya mereka akan elakkan untuk pergi ke majlis-majlis. Mereka hanya selesa dengan orang yang rapat dan akan ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang tertentu. 
Dalam kes aku, dengan aku sekali dia tak bagi aku pergi majlis sebab dia nak aku duduk dengan dia saja (walaupun asyik kena marah). Kalau kami pergi holiday kawasan dekat adik beradik dia pun, dia tak nak duduk rumah diorang. Mungkin sebab ramai anak saudara atau dia dah rasa ‘jauh’ sebab dia jarang bersama keluarga sejak masuk hostel sampailah kerja jauh dari keluarga (kami duduk seberang laut china selatan).

Bila dia kena berhadapan juga dengan situasi sosial seperti pergi kerja dan sebagainya, bila balik dia akan jadi emotionally exhausted menyebabkan dia penat dan panas baran. Dan orang yang rapat dengan dia (aku?)  menjadi tempat dia jadi melepaskan kemarahan.

Kerana sikap ini, orang akan menganggap mereka ini sangat professional dalam kerja dan tak bersosial tak tak tentu arah. Dalam situasi biasa, orang biasanya akan nampak mereka ini anti-sosial.

2. Tiada empathy – tidak boleh memahami perasaan orang lain. Suami aku pernah biarkan aku sakit perut sampai tak mampu berdiri dari petang sampai tengah malam. Bila aku hampir telefon teksi, barulah dia bawa aku ke emergency dengan marah-marah. 

Sewaktu aku kerja part time, dia biar aku pergi dan balik kerja berjalan kaki walaupun tempat kerja aku dekat saja dari office dia. Kadang-kadang makanan di rumah tak ada, tak pernah dia tanya aku apa yang aku makan. Bila aku mengadu atau ajak shopping barang mentah, aku akan dimarah seolah-olah aku yang mengada-ngada. Bila aku menangis, dia lagi akan marah aku tengking aku, memang tak ada nak pujuk. Dia tarik dan heret aku sesuka hati dia. Lepas aku melalui satu major operation di perut, dia siap halau aku masuk toilet bila aku nak muntah masa awal-awal bangun. Bayangkanlah aku berlari-lari masuk toilet dengan perut yang baru berjahit sepanjang 6 inci.

Kerana ciri ini biasanya orang akan nampak mereka ini tak bertanggungjawab, tak berperikemanusiaan sedangkan mereka tak sedar semua ini menyakitkan orang lain. Boleh dikatakan mereka tak tahu apa erti kasihan.

3. Hidup dalam dunia sendiri – Mereka biasanya tak dapat fikir tentang orang lain. Hidup mereka seolah-olah berpusat pada diri mereka sendiri. Suami aku sangat berkira dengan barang-barang dia, dia tak bagi aku sentuh. Barang-barang aku bukan setakat sentuh, awal-awal aku beli lagi dia yang sungguh-sungguh guna hingga dia bosan baru dia bagi aku. 

Ini termasuklah kereta yang aku beli lepas aku dapat kerja tetap, sebab dia susah sangat nak hantar aku ke mana-mana. Walaupun sebelum itu dia tak bagi langsung aku guna kereta dia. Kebiasaan mereka yang ada Asperger yang ada anak, akan menyerahkan bulat-bulat tugas jaga anak kepada isteri dan mereka hanya enjoy hidup sendiri. Mereka ini sebenarnya boleh dididik, cuma kena ajar mereka satu-satu apa yang perlu mereka buat dan jangan buat mereka rasa offended.

Biasanya kerana perangai ini orang akan nampak mereka ini mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan.

4. OCD – obsessive compulsive disorder. Cerewet keterlaluan. Dia hanya nak semua barang disusun ikut cara dia saja. Aku pernah kena marah rumah bersepah hanya kerana sofa rumah bergerak satu inci dari garisan tiles. Dan rumah dikira bersepah juga kalau tak disapu lebih dua hari. Dia juga sangat marah bila aku nak beli apa-apa barang hiasan untuk rumah sebab itu akan mengganggu susun atur rumah ‘dia’.

Sudut positif OCD ini, di tempat kerja, mereka biasanya akan diamanahkan untuk kerja-kerja yang memerlukan ketelitian. Tapi pada situasi biasa, mereka ini akan dianggap cerewet tak kena tempat dan panas baran.

5. Lurus (bendul) – mereka biasanya take things literally. Suami aku ikut saja cakap kawan dia bila kawan dia beritahu jangan bagi isteri kerja engineer (nanti tiada masa untuk keluarga) tanpa fikir kesannya pada aku yang tidak ditanggung belanja oleh dia ini. Satu lagi, kisah yang aku dibiarkan pergi dan balik kerja jalan kaki itu, sebab aku cakap dengan dia ‘kalau saya ni menyusahkan sangat, biar saya jalan kaki sajalah pergi kerja’. Betul-betul dia buat tanpa rasa bersalah.

6. Rigid – tak flexible. Mereka biasanya ada rutin yang tertentu yang tak boleh diganggu. Sesuatu gangguan atau benda baru dalam rutin akan menyebabkan mereka stress dan jadi panas baran. Semua cadangan yang berbeza dengan pendapat mereka, mereka akan nampak sebagai menentang mereka. Selama ini banyak perkara aku cuba bincang supaya tak menyusahkan kedua-dua pihak (kerana banyak keputusan dia menyebelahi dia dan aku yang akan tersepit) tapi memang akan jadi gaduh.

7. Sensory – terlalu sensitive terhadap sentuhan, bau, pendengaran. Mereka tak suka disentuh, kecuali bila mereka bersedia. Jadi memang tak ada nak hug-hug atau bermanja-manjalah. Dan mereka mudah annoyed dengan bau dan bunyi tertentu.

8. Tak dapat kawal emosi – walaupun mereka tak dapat nak memahami perasaan orang lain, mereka ada emosi. Bukan tak ada perasaan, tetapi mereka tak pandai meluahkan dan memberitahu orang lain. Bila ia keterlaluan, ia tak dapat dikawal. Biasanya melibatkan anxiety la yang menyebabkan mereka ini panas baran. Tapi ada juga yang aku cerita dia menangis in public bila aku kena tinggalkan dia, itu salah satu contoh dia tak dapat kawal emosi bila dia sedih.

9. Obses terhadap sesuatu – biasanya benda yang melibatkan teknologi. Contohnya planes/ teknologi komputer. Sehingga mereka sanggup spend masa yang banyak dan berhabis duit untuk benda yang diorang suka.

Banyak lagi juga ciri lain, seperti koordinasi badan yang pelik (biasanya mereka not really into sports kerana ini), reaction yang tak kena pada keadaan, selalu penat dan asyik tidur saja (sebab terlalu banyak anxiety dan itu memang memenatkan!). Tapi aku rasa cukuplah aku explain sampai situ saja.

Semua ini akhirnya membuka mata aku. Tercantum dah semua puzzle-puzzle yang bertaburan dalam fikiran aku selama ini. Selama ini aku rasa diri aku dah cukup terseksa dengan sikap dia. Sekarang baru aku tahu rupanya dia lebih terseksa daripada aku kerana dia tak pernah faham kenapa sikap dia selalu buat aku sedih dan marah.

Aku masih lagi belajar cara untuk faham dia, berkomunikasi dengan dia, cara untuk handle dia. Walaupun aku dah dapat jawapan dan aku kesiankan dia. Ada masanya hati wanita aku masih lagi sedih dan terkilan dengan apa yang dia (masih) buat pada aku, tapi tak seteruk sebelum aku tahu tentang Asperger ini. Aku hanya mampu pujuk diri sendiri, dan bersabar dan bersabar. Aku perlu menerima hakikat yang rumah tangga aku bukan seperti orang lain boleh bersweet-sweet. Takdir Allah untuk aku bahawa definisi kebahagiaan aku adalah dengan aku berkorban membahagiakan suami aku.

Aku harap confession aku ini dapat membantu those who are in the same shoes as me. Ada kisah penceraian/ masalah rumahtangga yang aku baca yang lebih kurang sama macam kisah aku. If yes, please, go seek for diagnosis and get proper treatment. And untuk orang luar yang memerhati, aku harap bukan semudah itu untuk kita judge seseorang itu kejam, tidak berperikemanusiaan, tak berhati perut hanya dengan menilai dari luar. We never know what he or she’s having/ going through. Because I have been there, judging him. Kepedihan hidup aku selama enam tahun ini rupanya tak setanding dengan pedihnya bila aku dapat tahu aku rupanya kejam terhadap dia kerana aku tak tahu semua ni.

Jika confession aku ini disiarkan, terima kasih kepada admin, dan terima kasih pada yang membaca. Aku pohon doa dari kalian semoga aku kuat! 

Sumber: IIUM Confessions
Loading...
Powered by Blogger.