Header Ads

Loading...

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Pernah tak korang alami situasi tertelan ‘benda asing’ semasa menikmati makanan atau minuman daripada kedai terkenal? Rasa macam kena betrayed je kan dan tak nak pergi situ lagi sebab serik terkena.

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Itulah yang berlaku kepada seorang pelanggan kedai minuman terkenal ini yang kisahnya dikongsikan pengguna Twitter pada 12 Mac lalu. Lebih mengejutkan, benda asing yang ditelan tu bukanlah benda biasa-biasa tetapi gel silica yang sangat bahaya kepada kesihatan! Alamak macam mana tu??

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Menerusi tweet tersebut, pengguna media sosial itu berkongsi beberapa screenshot perbualannya dengan mangsa akan apa yang telah berlaku.

Menurut mangsa, dia telah membeli minuman daripada kedai berkenaan dan meminta minumannya ditambah kacang. Namun apabila dia menyedut minuman tersebut, mangsa terasa seakan-akan sedang menguyah plastik kecil yang seterusnya dikenalpasti sebagai silica gel!

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Mangsa kemudian merujuk kes ini ke hospital dan darahnya telah diambil untuk rujukan lanjut. Dalam pada itu, doktor yang merawat mangsa juga meminta gadis itu untuk viralkan kes ini di media sosial.

Melalui instastory mangsa, dia juga memuat naik keratan artikel yang menulis tentang bahaya menelan gel silica yang dikatakan akan membawa kesan seperti iritasi, mata kering dan rasa sakit perut akibat termakan benda asing tersebut. 

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Tweet ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang terkejut dan bersimpati dengan keadaan mangsa yang tak pasal-pasal tertelan gel silica hanya kerana kecuaian barista di kedai tersebut.

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Ada juga di kalangan netizen yang meminta mangsa menyaman saja pihak yang terbabit kerana kecuaian mereka meskipun sebenarnya gel silica ni tidaklah berbahaya seperti yang disangkakan.

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Dalam pada itu, pihak syarikat premis minuman tersebut telah pun menghubungi mangsa dan pengguna Twitter yang menyebarkan kisah viral ini. Menurut pihak berkenaan, tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah ini.

Syok Minum Sambil Kunyah-Kunyah, Rupanya Kunyah Biji Lain Bukan Kacang!

Semoga mangsa cepat sembuh dan harap-harap tak adalah perkara buruk berlaku. Kepada barista yang terlibat, semoga tidak cuai lagi pada masa akan datang. 

Sumber:Lobakmerah
Loading...
Powered by Blogger.