Gadis Mengaku Mengandung Dan Melahirkan ‘Anak Bunian’, Tapi Rupanya...
Macam-macam kisah mistik yang korang boleh baca sekarang ni. Contohnya, jin yang dikatakan rogol wanita sampai mengandung dan macam-macam lagi. Tapi sejauh mana kebenaran cerita macam ni?
Macam cerita yang dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Hazrey kat Twitter ni. Dia menceritakan pengalaman masa nak buat cover kisah anak bunian di Sedili untuk Misteri Nusantara.
Berjumpa gadis dan ‘anak bunian’
Kalau ikutkan Hazrey ni, selalunya kalau buat cerita jenayah mesti dorang akan ikut fakta. Tapi sebabkan kes ni agak subjektif, dia agak ragu-ragu dengan kesahihan cerita ni sampailah dia tengok sendiri depan mata dia. Cerita gadis ni jugak pernah diterbitkan oleh Mastika pada tahun 2008 dulu.
Disebabkan was-was, Hazrey terus contact dengan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan kepastian tentang gadis dan ‘anak bunian’ yang dilahirkannya tu.
“Oh saya tahu kes tu. Ada cerita lain.” kata Ketua Polis tu.
Lepas jumpa je dengan OCPD masa tu iaitu Supt. Osman Muhamad Sebot, barulah terbongkar cerita sebenar. Apakah?
Bukan anak bunian!
Sampai hati datuk tu rogol cucu sendiri dan claim bayi tu anak bunian sebab nak tutup malu! Confirm kena grooming dari kecil, mana taknya, hari-hari duduk dengan atuk dia kan. Atuk jenis apa ni?!
Sedih dan kecewa bila dengar cerita macam ni sebab membuktikan that bukan je orang luar tapi keluarga sendiri pun tak boleh dipercayai. Bayangkan kepercayaan kita tu dipandang enteng sampai sanggup datuk sendiri rogol cucunya, macam tak ada perasaan kemanusiaan.
Tak pasal-pasal bunian dipersalahkan….
Sumber : lobakmerah / Twitter
Loading...