Header Ads

Loading...

tak serik masuk penjara, dia buat lagi


KUALA LUMPUR - Tak serik dipenjara, lelaki yang pernah ditahan atas kesalahan sengaja menendang seorang wanita berhampiran jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut, sekali lagi melakukan perbuatan yang sama, lapor Berita Harian. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, lelaki terbabit dilihat sengaja menendang mangsa berusia 35 tahun dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin. 



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, ketika itu mangsa berseorangan berjalan keluar dari pintu BNM menuju ke Jalan Raja Laut. 

"Tiba-tiba suspek datang dari arah belakang lalu menendang belakang badan mangsa sehingga terjatuh tertuduk di atas tangga jejantas berkenaan," katanya. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang badan. 

"Suspek dipercayai orang yang sama melakukan perbuatan itu dan pihak kami dalam usaha mengesannya. 

"Hasil siasatan mendapati suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara Julai lalu," katanya. 

Difahamkan, suspek juga pernah ditahan pada tahun 2013 kerana membawa parang ke dalam BN. Pada tahun 2016, suspek juga ditahan kerana menendang wanita di laluan pejalan kaki ke Stesen Komuter Bank Negara. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. 
Loading...
Powered by Blogger.