Header Ads

Loading...

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Sudah semestinya, negara kita sentiasa menerima pelancong dari serata dunia. Selain untuk memantapkan ekonomi negara, kita juga dapat tunjukkan kepada mereka keistimewaan negara ini jika mahu dibandingkan dengan negara-negara lain. Tapi sadis sekali apabila berlakunya sesuatu yang tidak diingini kepada pelancong kita, lebih-lebih lagi yang berpunca daripada rakyat kita sendiri.

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Tular di media sosial tentang perkongsian wanita dari Filipina ini apabila dia diganggu oleh sekumpulan lelaki di Sunway Lagoon pada hari Khamis yang lalu. Haih macam-macam! Ruffa Gutierrez, seorang pelakon terkenal juga merupakan bekas Miss World 1993 telah pergi ke Sunway Lagoon bersama dua orang anak perempuannya, Lorin Gabriella, 15 dan Venice Bektas, 14, untuk bercuti.

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Difahamkan Ruffa telah berjanji dengan rakannya, Juliana Hussin, untuk bertemu di taman tema berkenaan. Kejadian tersebut berlaku apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba mengambil gambar dua orang anaknya tanpa meminta apa-apa kebenaran, serta dengan beraninya cuba mendekati mereka berdua. Eh tak malu betul! Momen itu turut dirakam oleh salah seorang anaknya melalui instastory, namun difahamkan telah dipadam.

“Masa anak-anak saya naik roller coaster, saya dan kawan saya pergi beli burger. Tak lama lepas itu, tiba-tiba mereka menangis dan beritahu diganggu oleh sekumpulan lelaki. Lelaki-lelaki itu ambil gambar dan beri blowing kisses pada mereka,” kata Ruffa.

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Ruffa cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan hanya membiarkan kejadian tersebut berlalu. Tetapi tanpa disangka, 10 lelaki tersebut kemudian dengan selamba telah mengekori tiga beranak itu, malah cuba untuk menyerang mereka. Pulak dahhh!

“Kami marah mereka sebab bersiul ke arah kami, tapi mereka cuba untuk serang pula. Kami datang ke Sunway Lagoon Malaysia untuk berseronok, tapi tak sangka kat sini tak selamat.”

Tanpa berlengah, Ruffa dan anak-anaknya membuat laporan kepada pihak bertugas dan meminta agar ada pihak berkuasa dapat mengiringi mereka hingga ke kereta dek kerana takut sekiranya perkara yang lebih buruk berlaku. Ruffa turut mengambil gambar lelaki-lelaki tersebut, dan dengan bangganya mereka membuat peace pada Ruffa.

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Melalui laman Twitter juga, Ruffa berharap agar semua taman tema tidak membenarkan lelaki-lelaki seperti ini untuk memasuki memandangkan di situ terdapat ramai kanak-kanak. Difahamkan juga, pihak Sunway Lagoon telah memohon maaf kepadanya atas apa yang telah terjadi.

“Walaupun saya tak sangka benda macam ni boleh jadi di Malaysia, tapi saya tak akan anggap semua orang Malaysia sebegitu dan saya akan datang ke sini semula suatu hari nanti”

Kejadian ini rata-ratanya mendapat kritikan dan cemuhan yang hebat daripada netizen kerana mereka telah memalukan negara.

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Sekumpulan Lelaki Dikritik Kerana Ganggu Selebriti di Sunway Lagoon

Bilalah masyarakat seperti ni nak pupus? Memalukan negara betul la 

Sumber:Lobakmerah
Loading...
Powered by Blogger.