Header Ads

Loading...

“Lutut saya sering sakit sekarang ini" - Derita Song Ji Hyo Selama 9 Tahun Menyertai Running Man

Derita yang Terpaksa Ditanggung Song Ji Hyo Selama 9 Tahun Menyertai Running Man

Aktres dan ahli rancangan hiburan Running Man, Song Ji Hyo terkenal dengan sikap lasaknya dan pada masa yang sama kekal cantik dan tampak awet muda!

Siapa saja tidak kenal dengan Song Ji Hyo menerusi rancangan Running Man yang telah bersiaran selama hampir 9 tahun. Fuh! Memang ramai peminat tegar diorang terutama si Lee Kwang Soo tu.

Derita yang Terpaksa Ditanggung Song Ji Hyo Selama 9 Tahun Menyertai Running Man

Namun, dalam semua penonton di seluruh pelusuk dunia menikmati gelagat ahli-ahli Running Man, mereka menanggung derita yang tidak terkata. Setiap ahli meluahkan derita mereka setelah berada di dalam program ini dengan tempoh yang panjang.

Begitu jua, Ji Hyo yang terpaksa melakukan aktiviti lasak atas tuntutan program dan demi menghiburkan peminat. Tanpa kita sedari, Ji Hyo mengalami sakit lutut yang berterusan.

Derita yang Terpaksa Ditanggung Song Ji Hyo Selama 9 Tahun Menyertai Running Man

Menerusi sebuah temubual, Ji Hyo mendedahkan dia mengalami sakit lutut mungkin kerana dari aktiviti lasak yang dilakukan sepanjang tempoh itu termasuk berlari.

“Saya mula menyertai Running Man ketika berumur 30 tahun dan sekarang saya sudah 39 tahun! Aktiviti fizikal yang mencabar setiap minggu nampaknya mula memberi tekanan kepada badan saya terutamanya lutut saya yang sering sakit sekarang ini.”

Derita yang Terpaksa Ditanggung Song Ji Hyo Selama 9 Tahun Menyertai Running Man

Walau bagaimanapun, Ji Hyo tidak bermaksud untuk rasa menyesal dalam menyertai program Running Man, namun ianya adalah salah satu pengalaman yang terbaik dalam kariernya.

Ianya bukan mudah menjadi “Ace” dalam sesebuah kumpulan, namun Ji Hyo telah membuktikan hampir 9 tahun dia mampu mengharungi dan menjadi yang paling menyerlah di dalam program itu.

Derita yang Terpaksa Ditanggung Song Ji Hyo Selama 9 Tahun Menyertai Running Man

Sumber: Mstar Online
Loading...
Powered by Blogger.